Yantzen tutup tirai Konsert Nostalgia Rock Dulu-dulu

Music
2 Sep 2023 • 3:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENYANYI rock terkenal era 90an, Yantzen menutup tirai Konsert Nostalgia Rock Dulu-dulu sempena ambang merdeka yang diadakan di Padang Pekan Kunak, pada malam 30 Ogos lalu.

Yantzen yang pernah popular dengan lagu Meniti Suratan menghiburkan ribuan penonton pada hari terakhir konsert yang diadakan selama enam hari bermula 25 Ogos itu.

Bekas vokalis kumpulan Rusty Blade itu menyanyikan enam lagu antaranya Kamelia, Meniti Suratan, Dari Kaca Mata, Tiada Lagi Aku, Insan dan Suci.

Walaupun tidak dapat beraksi lincah di atas pentas ekoran faktor usia, Yantzen masih mampu memberikan persembahan bertenaga selama kira-kira sejam pada malam tersebut.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Persembahannya pada malam itu diiringi oleh kumpulan pemuzik Treast Band sebelum mengakhiri konsert dengan menyampaikan lagu The Final Countdown.

Yantzen atau nama sebenarnya Yantzen Juniwan sempat memberi pesanan kepada generasi muda supaya menghargai kemerdekaan negara dan berbakti kepada ibu bapa.

“..jangan lupakan sejarah lama (penjajahan), ia pengajaran (ikhtibar) kepada kita semua..,” katanya dalam konsert itu.

Konsert Nostalgia Rock Dulu-dulu itu yang diadakan serentak dengan karnival usahawan dianjurkan oleh Persatuan Usahawan dan Peniaga Low-cost Fiesta Tour (LoFest) dan turut mendapat kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Selain Yantzen, antara artis yang turut memeriahkan karnival itu ialah Hatta - Junction, Mamat (Exist), Dato’ Amy Search, Lan Solo, Asheed Def-Gab-C dan Zamani Slam.

Terdahulu, pada hari kelima konsert pada 29 Ogos (Selasa), pengunjung dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Zamani.

Pada malam itu, Zamani menggamit nostalgia pengunjung dan peminat dengan seleksi lagu hit kumpulan Slam yang pernah menjadi siulan sekitar tahun 90an.

ZAMANI memukau pengunjung dengan kehebatan vokalnya menyanyikan seleksi lagu hit kumpulan Slam. ZAMANI dan Nel mengabdikan kenangan di Arca Kunak.

Pada malam itu, penyanyi bersuara lunak itu mendendangkan lagu Kembali Merindu, Jika Kau Rasa Getarnya, Gerimis Mengundang, Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling dan Buat Seorang Kekasih.

Persembahan memukau daripada Zamani membuatkan peminat yang membanjiri Padang Pekan pada malam itu tenggelam dengan jiwa dan perasaan zaman nostalgia masing-masing.

Sementara itu, ketika ditemui Hiburan Ekspres sebelum konsert, Zamani yang kembali aktif selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosi, berkongsikan perasaan terujanya datang kali pertama ke daerah pantai timur Sabah itu.

“Saya sebenarnya dah lama tak ke Sabah… (sampai) di Kunak kali pertama pula, sudah tentu saya berharap dapat memberikan persembahan yang terbaik,” katanya.

Zamani ditemui ketika dibawa bersama oleh Pengerusi LoFest, Nel Sambora Santiago untuk mengabadikan kenangan di Arca Kunak.

Ditanya mengenai perkembangan terkininya, Zamani berkata dia baru saja habis menjayakan konsert Nurkasih bersama Slam yang diadakan di Zepp, Kuala Lumpur. “Dan kalau tiada aral (melintang), Insya Allah kita akan adakan dua konsert besar di semenanjung, mungkin sampai ke Sabah, Sarawak juga..,” katanya.

Sementara itu, Nel memberikan penghargaan kepada semua pihak terlibat yang menjayakan program tersebut khususnya usahawan, peniaga dan kerjasama strategik daripada rakan organisasi, termasuk Majlis Daerah Kunak (MDKNK) atas kebenaran menggunakan Padang Pekan sebagai tapak program itu.

Selain persembahan barisan artis hebat, program itu turut diisi dengan tarian kebudayaan, pertandingan busana etnik kategori kanak-kanak, tarian igal-igal, pertandingan hafazan kategori dewasa dan kanak-kanak, pencarian bakat MUA (makeup artists), acara tarik tali, dan acara basikal berhias tema kemerdekaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article