Yayasan FIFA akan menyumbang bantuan kemanusiaan bernilai AS$1 juta untuk Turkiye, Syria

Football
17 Feb 2023 • 9:40 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

ANKARA: Yayasan FIFA, sebuah entiti sosial di bawah badan induk bola sepak antarabangsa itu akan menderma AS$1 juta dalam bentuk “bantuan kemanusiaan kecemasan” kepada Turkiye dan Syria susulan gempa bumi yang melanda baru-baru ini yang telah meragut lebih 42,000 nyawa.

“Bantuan itu akan digunakan untuk membeli dan mengagihkan barangan keperluan yang penting serta menyediakan tempat perlindungan sementara,“ lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan yayasan itu pada Khamis.

FIFA akan terus bekerjasama dengan persatuan bola sepak Turki dan Syria dan akan memantau perkembangan terkini serta memutuskan apakah tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan.

Yayasan FIFA, entiti bebas yang ditubuhkan pada 2018 bertujuan memberikan sokongan dan bantuan bagi pembinaan semula infrastruktur sukan yang rosak atau musnah. -Bernama