Yayasan MBI peruntuk RM1 juta bantu mangsa bencana tahun ini

9 Sep 2024 • 11:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 9 SEPT: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk sejumlah RM1 juta bagi membantu mangsa bencana seluruh negeri tahun ini.

Ketuanya Ahmad Azri Zainal Nor berkata sebanyak RM500,000 dibelanjakan setakat ini bagi meringankan beban lebih 50,000 mangsa bencana.

Menurut beliau, dana itu disalur melalui bantuan wang tunai dan bakul makanan yang tertumpu di lokasi utama bencana seperti Hulu Selangor, Sepang dan Tanjong Karang.

“Untuk mangsa banjir MBI akan salur antara RM250 hingga RM500, bagi kejadian bencana ribut pula seperti rumah, atap diterbangkan angin dan rosak diberi RM1,000. Bagi rumah terbakar, ini lebih berat kesannya kita akan bagi RM3,000.

image is not available
Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor ditemu bual Media Selangor di Bangunan Darul Ehsan pada 6 September 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Jika kita menerima maklumat awal ada pusat pindahan sementara (PPS) dibuka, bantuan air mineral, toto, tuala wanita, pampers dan makanan kering akan dihantar,” katanya kepada Media Selangor.

Tambah Ahmad Azri, bantuan bencana turut disediakan melalui peruntukan zakat wakalah kepada asnaf, fakir, miskin dan fisabilillah.

“Purata kos bagi menaik taraf sesebuah rumah terlibat bencana adalah sekitar RM20,000 hingga RM40,000.

“Tengok pada kes, jika kita lihat mereka ditimpa bencana hingga kediaman rosak tidak boleh diduduki lagi akan dibantu membina rumah baharu melalui dana zakat wakalah ini,” jelasnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved