Yayasan MR D.I.Y. Memberi Nafas Baharu kepada Teknologi untuk Memperkasa Pembelajaran

15 Jul 2026 • 9:27 AM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Yayasan MR D.I.Y. Memberi Nafas Baharu kepada Teknologi untuk Memperkasa Pembelajaran
Dari kiri: Surrinder Jessy, Presiden Soroptimist International Damansara; Mohd Fadzrel Bin Abu Bakar, wakil daripada Yayasan MR D.I.Y.; Puan Siti Adibah binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WPKL); Datuk Hj Hamzah Abd Wahab, Pengerusi Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti; dan Tuan Ramacantiran a/l M. Ananthan, Pengetua Sekolah Tunas Bakti. Gambar dibekal oleh MR D.I.Y.

Seiring dengan kepentingan akses digital yang semakin meningkat dalam pendidikan, Yayasan MR D.I.Y. menunjukkan bagaimana sumber korporat boleh digunakan semula untuk menghasilkan impak sosial yang lebih besar. Susulan penyerahan bersama yang berjaya pada 1 Julai 2026 bersama rakan komuniti Soroptimist International Damansara kepada Sekolah Tunas Bakti, Yayasan MR D.I.Y. kini telah membaik pulih dan mengagihkan semula sebanyak 176 buah komputer riba yang sebelum ini digunakan dalam operasi MR D.I.Y. sepanjang tempoh dua tahun lalu. Program berterusan ini memperkasakan para pelajar dengan kemudahan pembelajaran digital yang penting, di samping memanjangkan jangka hayat teknologi yang sebaliknya mungkin menyumbang kepada peningkatan sisa elektronik.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen Yayasan MR D.I.Y. terhadap keterangkuman digital dan kelestarian alam sekitar dengan mengubah peranti korporat yang telah ditamatkan penggunaannya kepada sumber pendidikan yang bernilai untuk pelajar di seluruh Malaysia.

Sepanjang pelaksanaan program ini, Yayasan telah mengagihkan komputer riba yang telah dibaik pulih kepada pelajar daripada komuniti yang memerlukan di 20 sekolah merentasi lima negeri, sekali gus menyediakan akses kepada teknologi yang menyokong pembelajaran dalam talian, penyelidikan, tugasan akademik, pembangunan kemahiran serta literasi digital.

“Teknologi memainkan peranan yang semakin penting dalam pendidikan hari ini, namun akses kepada peranti masih menjadi cabaran bagi sesetengah pelajar dan keluarga. Menerusi inisiatif ini, kami bukan sahaja membantu pelajar mendapatkan akses kepada alat yang diperlukan untuk belajar dan berkembang dalam persekitaran digital, malah menunjukkan bagaimana amalan guna semula secara bertanggungjawab mampu mewujudkan manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar. Setiap komputer riba yang dibaik pulih membuka peluang baharu kepada pelajar untuk meneruskan pembelajaran mereka, sambil mengurangkan pembaziran sumber yang masih boleh dimanfaatkan,” kata Dr. Zaleha Mohd Mydin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y.

Bagi memastikan setiap peranti berada dalam keadaan optimum dan sedia digunakan, setiap komputer riba menjalani proses baik pulih yang menyeluruh oleh Jabatan Teknologi Maklumat (IT) MR D.I.Y. sebelum disalurkan kepada penerima yang dikenal pasti melalui pelbagai kerjasama strategik bersama rakan komuniti Yayasan MR D.I.Y.

Image from: Yayasan MR D.I.Y. Memberi Nafas Baharu kepada Teknologi untuk Memperkasa Pembelajaran
Komputer riba yang telah dibaik pulih daripada Yayasan MR D.I.Y. untuk para pelajar di Sekolah Tunas Bakti, Asrama Sentosa. Setiap kotak melambangkan satu langkah ke arah masa depan yang lebih inklusif secara digital. Gambar dibekal oleh MR D.I.Y.

Sejak program ini dimulakan pada Mac 2025, Yayasan MR D.I.Y. telah menyumbangkan sebanyak 176 unit komputer riba yang dibaik pulih dengan nilai anggaran melebihi RM300,000. Inisiatif ini telah memberi manfaat kepada lebih 8,000 pelajar serta membantu mengurangkan kira-kira 530 kilogram sisa elektronik daripada dilupuskan.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Yayasan MR D.I.Y. dalam mewujudkan impak yang mampan dan bermakna menerusi pelbagai inisiatif yang menyokong pendidikan, kesejahteraan komuniti dan pemeliharaan alam sekitar secara bertanggungjawab.

Untuk maklumat lanjut mengenai program kemampanan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yayasan MR D.I.Y., layari laman sesawang Yayasan MR D.I.Y. di yayasanmrdiy.com atau ikuti Yayasan MR D.I.Y. di Facebook, Instagram dan TikTok.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved