Yayasan OUI sasar tambah 50 ekor Orang Utan di Bukit Merah 

Environment
6 Sep 2026 • 4:55 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Yayasan OUI sasar tambah 50 ekor Orang Utan di Bukit Merah 

BUKIT MERAH: Yayasan Pulau Orang Utan (OUI) Bukit Merah menyasarkan penambahan sehingga 50 ekor Orang Utan dan keluasan kawasan pulau itu menjelang tahun 2036.

Menurut Penasihat Yayasan Pulau Orang Utan (OUI), Bukit Merah, Azmil Khuzaif Zakaria, kebakaran hutan secara meluas menimbulkan konflik kepada hidupan liar sehingga menyebabkan mereka kehilangan habitat sekali gus meningkatkan risiko kepupusan. 

“Jumlah Orang Utan yang kita ada sekarang sebanyak 15 ekor namun kita mahu lebih banyak yang ditempatkan di Bukit Merah.

“Kita menyasarkan tambahan Orang Utan sehingga 50 ekor menjelang lima ke 10 tahun akan datang. Mungkin kita akan ambil 25 ekor dari Sabah dan 25 ekor dari Sarawak.

“Keluasan kawasan (pula) sekarang dalam 15 ekar. Kita sasarkan keluasan bertambah lima hingga 10 ekar lagi melalui penubuhan kawasan penginapan, pemanjangan terowong pelawat dari 200 kepada 650 meter dan beberapa pusat rekreasi lain di pulau ini,” katanya selepas lawatan ke Pulau Orang Utan, Bukit Merah.

Tambah Azmil, dengan wujudnya pusat konservasi itu maka lebih banyak Orang Utan akan mampu diselamatkan. 

“Isu sekarang, kita lihat di Kalimantan, Orang Utan hilang rumah mereka bahkan haiwan-haiwan lain juga alami nasib yang sama. Bayangkan berapa hari kebakaran di sana, berapa banyak haiwan yang sudah mati? 

“Kita mahu tempat-tempat ini menjadi satu inisiatif untuk selamatkan lebih banyak Orang Utan di negara kita,” katanya. 

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif MK Land Holdings Berhad, Felina Mustapha Kamal berkata, pihaknya amat mengalu-alukan sebarang aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada pelbagai pihak untuk berkolaborasi dalam pembangunan masa depan OUI di Bukit Merah. 

Katanya, fokus syarikat itu bukan sahaja dalam bidang hartanah tetapi juga dalam pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan liar seperti Orang Utan.

“Kami sangat mengalakan pelaksanaan aktiviti CSR daripada pelbagai pihak sama ada lawatan sekolah, universiti mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

“Mungkin orang nampak ia kecil, namun impak sebenarnya sangat besar. Hari ini kita tidak nampak, mungkin dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang generasi kita akan dapat merasai apa yang kita buat hari ini,” katanya. – UTUSAN 

 

The post Yayasan OUI sasar tambah 50 ekor Orang Utan di Bukit Merah  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved