Yayasan Sabah intai jadikan DaMaI Tapak Warisan Dunia

LocalEnvironment
16 Dec 2024 • 2:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

KINABATANGAN: Yayasan Sabah (YS) berhasrat menjadikan Lembah Danum, Lembangan Maliau dan Kanyon Imbak (DaMaI) diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia unesco, yang kedua di Sabah selepas Taman Kinabalu.

Pengarahnya, Datuk Seri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar berharap keunikan biodiversiti, fungsi ekosistem serta sumbangannya kepada penyelidikan dan pendidikan global akan menjadikan kawasan ini layak untuk diiktiraf di peringkat dunia.

Advertisement“Dengan meningkatkan kesedaran, Yayasan Sabah juga berharap dapat menarik minat dan perhatian lebih banyak pihak untuk menjayakan usaha ke arah pengiktirafan ini,” katanya.

Beliau berkata, pengiktirafan DaMaI sebagai sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia juga akan memberikan peluang besar kepada Sabah dan Malaysia.

View Original Article