Yazmin Aziz Bercuti Dengan Kekasih, Netizen Tanya Bilik Sama Ke Asing?

Entertainment
7 Jun 2023 • 4:02 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penyanyi dan pempengaruh, Yazmin Aziz mencuri perhatian warga netizen apabila berkongsi video teruja bercuti bersama teman lelakinya di Bali, Indonesia.

Perkongsian video bercuti bersama teman lelakinya, Austin Veloso itu dimuat naik di akaun TikTok miliknya, baru-baru ini.

https://www.tiktok.com/@yazminaziz/video/7240065424606448897

Yazmin atau nama lengkapnya Yazmin Aldwin Abdul Aziz bercuti bersama kekasihnya yang merupakan atlet bola keranjang dan berasal dari Hong Kong.

Menerusi video itu, mereka dilihat menaiki pesawat bersama-sama dan meluangkan masa dengan bermain boling.

image is not available

Difahamkan, rata-rata warga netizen suka melihat momen mesra pasangan ini.

Namun, ada juga segelintir netizen tertanya-tanya adakah penyanyi berusia 22 tahun itu tidur berasingan dengan teman lelakinya ketika bercuti.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.