Penyanyi kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz, terus mengukuhkan kedudukan sebagai antara bakat muzik Malaysia yang semakin mendapat perhatian di persada antarabangsa, apabila bakal berlepas ke Mongolia bagi menjayakan sebuah persembahan di festival kebudayaan bertaraf dunia.

Bakal beraksi di di ARA Fest 2026, ia adalah festival kebudayaan terbesar di Mongolia dan akan berlangsung sepanjang Julai di ARA Complex, Arkhangai Aimag.
ARA Fest meraikan pelbagai elemen budaya termasuk konsert muzik, seni tradisional Mongolia, pameran seni kontemporari, hiburan keluarga, pelancongan, perlumbaan kuda, sukan lasak serta pertukaran kebudayaan tarabangsa.
Lebih membanggakan, Yazmin menerima jemputan khas untuk membuat persembahan di festival tersebut daripada penyanyiterkenal Mongolia, Bayartsengel, iaitu penyanyi asal lagu popular "Chigi Tigi Boom."
Jemputan itu mempunyai nilai sentimental tersendiri buat Yazmin kerana beliau pernah mempersembahkan lagu "Chigi Tigi Boom" ketika mewakili Malaysia dalam pertandingan nyanyian antarabangsa Silk Way Star di Kazakhstan tahun lalu.
Persembahannya berjaya menarik perhatian Bayartsengel, sekaligus membawa kepada jemputan untuk berkongsi pentas bersamanya di Mongolia.
Turut memeriahkan festival tersebut ialah Bayartsengel sendiri serta juara Silk Way Star 2025 Michelle Joseph, menjadikan ARA Fest sebuah platform yang meraikan muzik Mongolia, di samping kerjasama seni di peringkat antarabangsa.
Bagi Yazmin, jemputan tersebut merupakan satu lagi langkah penting dalam perjalanan kerjayanya yang kini semakin berkembang melangkaui sempadan Malaysia.
Pencapaian terbaharu ini hadir hanya beberapa bulan selepas Yazmin mencipta sejarah apabila diberi peluang membuat persembahan di atas Wish Bus, platform persembahan muzik secara langsung antarabangsa, sekali gus memperluaskan lagi pendedahannya kepada peminat muzik global.
Sebelum itu, beliau turut mengharumkan nama Malaysia apabila mewakili negara ke pertandingan nyanyian antarabangsa Silk Way Star di Kazakhstan.
Pada festival tersebut, Yazmin memukau penonton menerusi kekuatan vokalnya sambil memperkenalkan bakat muzik Malaysia kepada khalayak antarabangsa.

Kini, penyanyi muda itu sekali lagi mencuri perhatian apabila berjaya mara ke Pentas Akhir Singer Malaysia, salah satu pertandingan nyanyian berbahasa Cina terbesar di negara ini.
Apa yang menjadikan pencapaian tersebut lebih mengagumkan ialah Yazmin tidak fasih bertutur dalam bahasa Mandarin, namun tetap berjaya bersaing dengan peserta lain yang mahir dalam bahasa tersebut.
Sepanjang pertandingan, persembahannya menerima pujian daripada penonton dan para juri, membuktikan beliau bukan sekadar muncul memeriahkan industri sebu tanah air, tetapi turut bersungguh eneroka pengalaman muzik dan budaya baharu.
Sepanjang setahun yang lalu, Yazmin secara konsisten merebut pelbagai peluang untuk memperkenalkan muziknya kepada khalayak global, sekali gus membuktikan versatilitinya merentasi bahasa, budaya dan genre muzik yang berbeza. - Getaran, 4 Julai 2026

