YB Karim Hamzah Cadang Anjur Solidariti Palestin Dekat Stadium Kuching

24 Oct 2023 • 5:22 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Himpunan boleh diadakan di Dataran Perayaan dekat Stadium Kuching

YB Karim Hamzah Cadang Anjur Solidariti Palestin Dekat Stadium Kuching. Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah memberi lampu hijau kepada penduduk Sarawak yang berhasrat untuk berkumpul dan menunjukkan sokongan serta solidariti kepada rakyat Palestin di wilayah ini.

Sehubungan itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak menyatakan kesediaannya untuk memberikan permit sekaligus membenarkan masyarakat berkumpul di Dataran Perayaan berhampiran dengan Stadium Kuching untuk perhimpunan berkenaan.

image is not available
YB Karim Hamzah Cadang Anjur Solidariti Palestin Dekat Stadium Kuching

Isu Palestin bukan isu agama semata-mata

Menurut beliau, isu Palestin bukan semata-mata isu agama tetapi ia sebenarnya lebih terarah kepada usaha untuk membebaskan negara yang tertindas oleh rejim Zionis Israel tersebut.

Perhimpunan ini melibatkan individu beragama Islam dan juga yang bukan penganut Islam. Jadi, sekiranya penduduk Sarawak ingin mengadakan perhimpunan solidariti, mereka boleh memilih Dataran Perayaan dan saya akan mengizinkan perhimpunan tersebut,”

Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar di Bangunan Baitulmakmur II, hari ini.

Karim memberi komen ini apabila diminta mengulas mengenai perhimpunan solidariti untuk Palestin yang dibatalkan baru-baru ini kerana alasan yang dikatakan tidak diberikan kebenaran oleh pihak atasan.

Sektor pelancongan dijangka terkesan akibat krisis di Timur Tengah

Pada masa yang sama, Karim turut menzahirkan kebimbangan mengenai sektor pelancongan di Sarawak yang berkemungkinan terjejas disebabkan konflik di Timur Tengah.

Namun, menurutnya, dampak ini lebih dirasai pada ekonomi nasional dan industri pelancongan di Semenanjung Malaysia.

Hujung minggu lalu, perhimpunan solidariti Palestin dikatakan batal akibat arahan pihak atasan:

https://www.iloveborneo.my/perhimpunan-solidariti-palestin-kuching-dibatalkan/

https://www.iloveborneo.my/raja-pecut-asia-disingkir-sokong-palestin/