‘YB, lama dah nak luah’ – Guru manfaatkan kunjungan Menteri Pendidikan

LocalPolitics
22 Aug 2025 • 8:01 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek beramah mesra dengan pelajar SMK Jalan Reko semasa lawatan sekolah.

image is not available

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam turun padang ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Reko yang mempunyai lebih 1,700 pelajar, termasuk murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Sepanjang lawatan itu, beliau meninjau bilik darjah, surau, kantin, padang permainan serta tandas sekolah. Guru-guru yang ditemui tidak melepaskan peluang menyuarakan cabaran mereka dalam mengurus disiplin, kehadiran murid dan usaha meningkatkan pencapaian akademik.

“YB, lama dah nak luah. YB, dengarlah luahan kami ni,” kata Fadhlina, mengimbas kembali sapaan para guru yang mahu suara mereka didengari.

image is not available

Baca juga:

image is not available

Peruntukan dan penambahbaikan

Bagi memastikan keselesaan warga sekolah, Fadhlina mengumumkan peruntukan RM100,000 untuk kerja penyelenggaraan kemudahan. Beliau turut menyampaikan sumbangan papan pintar sebagai langkah memperkukuh kaedah pengajaran interaktif di bilik darjah.

“Semua aspek perlu diberi perhatian, guru, pentadbir, apatah lagi anak-anak kita. Tiada yang lebih penting selain memastikan kualiti pendidikan dapat terus ditingkatkan demi manfaat semua,” katanya.