YB PH Sabah bincang pembangunan Sabah dengan Anwar

LocalPolitics
9 May 2023 • 3:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PUTRAJAYA: Ahli-Ahli Parlimen (MP) dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) Sabah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini, bagi membincangkan agenda pembangunan di Sabah.

Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Armizan Ali.

Menurut Ewon, pertemuan tersebut membincangkan komitmen Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri mengenai agenda pembangunan di Sabah khusunya berkaitan dengan infrastruktur asas dan keusahawanan.

Katanya, MP dan ADUN yang hadir telah menyatakan pelbagai perkara kepada Perdana Menteri termasuk permasalahan di kawasan diwakili masing-masing, antaranya masalah bekalan air, jalan raya, sekolah daif, klinik kesihatan dan pembangunan keusahawanan.

SPONSORED CONTENT Carlsberg gets inked to celebrate pride of Sabah, Sarawak SHAH ALAM: Carlsberg Smooth Draught returns to celebrate Sabahan and Sarawakian pride for the third consecutive year with artful traditional tattooing designs of six beautiful icons from the Borneo islands. Read more “Tahun ini merupakan ulangtahun ke-60 penubuhan Persekutuan Malaysia. Justeru, kami memaklumkan Perdana Menteri mengenai isihati rakyat Sabah berkenaan pembangunan dan tuntutan rakyat Sabah agar Kerajaan Persekutuan dapat menyalurkan peruntukan yang lebih besar untuk mengatasi pelbagai keperluan pembangunan di Sabah.

“Perdana Menteri komited terhadap tuntutan rakyat ini dan kami berharap sambutan Hari Malaysia yang ke-60 tahun pada tahun ini memberi makna besar kepada seluruh rakyat Sabah dengan adanya kerajaan persekutuan baharu di bawah teraju pimpinan baharu iaitu Dato' Anwar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Perdana Menteri juga turut bersetuju mengadakan lawatan kerja ke Sabah bagi meninjau sendiri beberapa permasalahan rakyat dan dijangka akan membuat pengumuman-pengumuman penting berkaitan pembangunan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.