YB Syed Saddiq Balas Tuduhan Sibuk ‘Berendut’ Dengan Bella Astillah, Lupa Tugas MP Muar

LocalPolitics
12 Mar 2026 • 11:14 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi perkembangan berkaitan kes mahkamah yang difailkannya.

Syed Saddiq memaklumkan bahawa Mahkamah Persekutuan menerima rayuannya dan penduduk Muar berhubung saman terhadap kerajaan mengenai isu peruntukan Parlimen.

image is not available

Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi daripada netizen termasuk satu komen yang menuduh beliau terlalu sibuk dengan aktiviti lain sehingga didakwa melupakan tugas sebagai wakil rakyat.

Bro, jangan jual nama penduduk Muar ler bro. Pengundi Muar tahu ko sibuk berendut. Lupa tugas MP Muar.

Syed Saddiq jawab dakwaan netizen

Tidak lama kemudian, Syed Saddiq tampil membalas komen berkenaan dan menjelaskan bahawa beliau masih menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen seperti biasa.

image is not available

Beliau turut berkongsi laporan media yang menyatakan bahawa usaha sampingan yang dilakukannya sebelum ini berjaya mengumpul dana sebanyak RM6 juta untuk membantu rakyat di kawasan Parlimen Muar.

Pssttt! Penting untuk menilai sesuatu isu secara menyeluruh sebelum membuat kesimpulan kerana setiap tindakan yang dilakukan mungkin mempunyai tujuan tertentu untuk membantu masyarakat.

Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post YB Syed Saddiq Balas Tuduhan Sibuk ‘Berendut’ Dengan Bella Astillah, Lupa Tugas MP Muar appeared first on Oh! Media.