YB Tengku Zafrul sambut kedatangan Tesla ke Malaysia

Cars
1 Mar 2023 • 12:18 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Nampaknya memang benar tentang khabar angin kemasukan Tesla ke Malaysia. Satu cicipan daripada Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa telah mengesahkan perkara tersebut.

Berdasarkan info yang terkandung, dimaklumkan yang Tesla bakal mewujudkan ibu pejabat, pusat khidmat pelanggan, dan rangkaian Supercharger. Lebih manis, Tesla juga adalah pemohon pertama yang menyertai inisiatif BEV Global Leader yang diperkenal kerajaan untuk memacu pertumbuhan landskap Kenderaan Elektrik Berbateri (BEV) di Malaysia.

Rentetan daripada pengumuman ini, YB Menteri ada maklumkan yang kita boleh jangkakan kewujudan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan bergaji lebih lumayan bakal tumbuh tak lama lagi.

image is not available

Buat yang terlepas berita, kami ada laporkan tentang penemuan beberapa petunjuk penting yang menyatkaan Tesla akan hadir secara rasmi dalam psaran Malaysia.

Didapati yang entiti bernama Tesla Sdn. Bhd. yang asalnya menyediakan khidmat perakaunan, kewangan, dan sokongan IT telah berubah perniagaannya kepada:

  • Memborong dan peruncit kenderaan bermotor baharu
  • Aktiviti perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pengangkutan darat N.E.C
  • Penyelenggaraan dan Pembaikan kenderaan bermotor

Menurut daftar syarikat SSM, ahli-ahli pengarah dan pegawai juga adalah daripada kalangan orang kuat seperti Devic Jon Feinstein, seorang pengarah kanan kepasa Tesla dan seorang lagi bernama Li Li, pengurus Tesla untuk pengurusan bekalan antarabangsa.

image is not available

Adakah selepas ini harga kenderaan Tesla yang diimport tanpa melalui Tesla Malaysia akan lebih murah dan lebih penting adakah ia akan dilindungi jaminan Tesla Malaysia?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved