YBR, KLF kerjasama memartabatkan bahasa Kadazandusun

24 Sep 2023 • 4:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ewon (kiri) dan Philip (kanan) sewaktu Majlis Pelancaran Buku Kerja Bahasa Kadazandusun Tahun 5 dan 6.

image is not available
Dari tengah: Ewon bersama Philip (empat dari kanan) dan Syaiful Rizal kanan) pada majlis pelancaran Buku Kerja Bahasa Kadazandusun Tahun 4, 5 dan 6.

SHAH ALAM - Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Kadazandusun Language Foundation (KLF) melancarkan penerbitan buku kerja bahasa etnik itu bagi murid Tahun 4, 5 dan 6 di Sabah.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, beliau teruja kerana dapat menyaksikan modul buku tersebut berjaya dihasilkan kurang dari enam bulan sahaja melalui kerjasama tersebut.

“Program pada hari ini amat dekat di hati saya dan bahasa Kadazandusun adalah perjuangan peribadi saya dalam memartabatkan pendidikan negara.

“Terima kasih YBR kerana menyokong inisiatif ini dan saya berharap YBR bersetuju untuk menganjurkan karnival bahasa Kadazandusun pada tahun hadapan,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Buku Kerja Bahasa Kadazandusun Tahun 5 dan 6.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Raisin Saidin dan Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani serta Pengurus Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Sementara itu, Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, beliau amat menyokong usaha untuk memartabatkan bahasa ibunda di kalangan generasi muda yang semakin hari semakin moden dan menjadi ikutan masa kini.

"Ia satu langkah proaktif dan selari dengan inisiatif global untuk memelihara bahasa ibunda sempena Dekad Antarabangsa Bahasa Orang Asal di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Diharapkan kejayaan penghasilan modul buku kerja ini dapat membantu guru untuk lebih semangat menyampaikan ilmu kepada pelajar untuk diwarisi turun-temurun.

“Usaha ini merupakan salah satu inisiatif YBR dalam mempelbagaikan cabang pendidikan serta persiapan untuk menjadi sebahagian pelaksanaan karnival bahasa Kadazandusun di peringkat negeri pada tahun hadapan,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved