YCS22 Sabah platform pakar atasi pengangguran

23 Oct 2022 • 1:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri mahu Simposium Inspirasi Kerjaya Anak Muda Sabah 22 (YCS22 Sabah) dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman untuk agensi kerajaan terutama yang memberi serta menyediakan program latihan berimpak tinggi kepada belia dalam menghasilkan kebolehpasaran pekerjaan anak muda di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, berkata simposium yang julung kali diadakan itu akan menjadi salah satu inisiatif bagi menyediakan platform kepada tenaga pakar mengekspresikan dapatan, berkongsi maklumat dan kejayaan bagi membantu mengatasi masalah jurang pengangguran.

“Justeru, adalah penting bagi semua pihak di negeri ini khususnya agensi-agensi yang berkaitan melihat perubahan pemikiran anak muda terhadap sektor pekerjaan yang memerlukan kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak pasaran pekerjaan sekarang.