
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan sudah memfailkan petisyen pengampunan diraja berhubung sabitannya dalam kes SRC International Sdn. Bhd.
Perkara itu disahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Harun yang turut memaklumkan bahawa status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan masih kekal sehingga keputusan petisyen pengampunan diraja dikeluarkan.

Ini bermakna status Najib sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan itu dibereskan.
Agong bertitah kuasa pengampunan tidak akan digunakan sewenang-wenangnya
Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong keenam belas, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah bahawa kuasa menghukum dan pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya.
Menurut baginda, sekiranya undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil, ia bermakna penggubalan sesuatu undang-undang itu telah ternoda.
Kuasa menghukum dan memberi pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya kerana ianya bakal dipertanggungjawabkan kelak di hari kemudian.
Jika undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil nescaya keadilan tidak akan tercapai, kerana falsafah di sebalik penggubalan sesuatu undang-undang itu telah ternoda.
Titah Al-Sultan Abdullah lagi, Mahkamah Syariah perlu menggunakan prinsip keadilan menurut Islam dan perlulah bijak dalam menggunakan kuasa budi bicara dan sentiasa berlaku adil kepada semua pihak ketika menjatuhkan hukuman terutama sekali apabila ia melibatkan kes kekeluargaan.
Sekiranya prinsip keadilan itu tidak digunapakai, pihak yang lemah akan menjadi mangsa kepada pihak yang memiliki kuasa.
Maka titik permulaan menghalalkan penindasan dan kezaliman akan berlaku dalam sesuatu sistem pemerintahan.
Justeru, Mahkamah Syariah hendaklah sebilang masa mempunyai kecekapan dalam mengendalikan kes-kes agar keadilan akan tercapai.
Hakim-Hakim Syarie hendaklah memastikan kes-kes yang dikendalikan dapat dihakimi dengan seadil-adilnya dan penghakiman dapat dilaksanakan dengan segera.
YDPA macam dah bagi ‘hint’ je tu? Apa-apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat.
Kredit: FreeMalaysiaToday | Awani
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
The post YDPA Tegaskan Kuasa Menghukum Dan Pengampunan Tidak Wajar Digunakan Sewenang-Wenangnya appeared first on Oh! Media.
