Suami isteri tiada kaki, hanya mampu pandang sesama sendiri

LocalTechnology
9 Apr 2020 • 4:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

MUAR - Sepasang suami isteri orang kurang upaya (OKU) yang merupakan penerima bantuan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat perhatian netizen.

Menerusi kiriman Facebook bernama Othman Bon, pasangan tersebut dikatakan tidak mempunyai kaki dan terbatas pergerakannya.

“ALLAH, ada lagi yang benar-benar memerlukan bantuan. Tanpa bersuara, isteri tiada sebelah kaki (manakala) suaminya tiada kedua-dua belah kaki.

"Semoga keluarga ini tabah menempuh kehidupan ini,” kata Othman.

Katanya, setelah mengetahui keadaan suami isteri tersebut, Othman bergegas ke rumah pasangan itu bersama wakil rakyat bagi menghulurkan bantuan.

Netizen rata-ratanya bersimpati dengan keadaan mereka dan meminta maklumat terperinci kerana ingin turut sama menghulurkan bantuan.

“Boleh sertakan info sedikit?” tanya pengguna Facebook bernama Mira Munira.

“Boleh beritahu kawasan mana?” tanya pengguna Facebook bernama Mohd Fazli Mohd Jamal.

Kiriman tersebut mendapat 2,000 perkongsian dan 78 komen.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved