Yen Dalam Perangkap IMF : Jepun Hanya Ada Dua Peluru Berbaki

WorldBusiness & Finance
5 May 2026 • 5:00 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Yen Dalam Perangkap IMF : Jepun Hanya Ada Dua Peluru Berbaki

Pasaran mata wang kini menjadi medan tempur yang sangat sempit buat Tokyo. Jepun kini tersepit antara peraturan antarabangsa dan kejatuhan nilai mata wang sendiri. Para pedagang sedang memerhati rapat setiap gerak-geri Bank Pusat Jepun dengan penuh curiga.

PEMACU UTAMA DAN ISYARAT PASARAN

Jepun hanya dibenarkan melakukan dua lagi sesi intervensi pasaran sehingga November depan. Mengikut garis panduan IMF, tiga hari intervensi dianggap sebagai satu operasi tunggal sahaja. Ini bermakna Tokyo perlu sangat selektif sebelum menembak peluru rizab mereka ke pasaran.

Perang antara Iran dan Israel memburukkan lagi kedudukan ekonomi Jepun yang bergantung kepada import tenaga. Kos minyak yang melambung tinggi memaksa nilai Yen terus menyusut berbanding dolar Amerika. Pelabur melihat intervensi hanyalah ubat tahan sakit sementara dan bukannya penyelesaian kekal.

Perbezaan kadar faedah antara AS dan Jepun kekal menjadi punca utama kelemahan Yen. Selagi Bank Pusat Jepun tidak menaikkan kadar secara agresif, pelabur akan terus membuang Yen.
Image from: Yen Dalam Perangkap IMF : Jepun Hanya Ada Dua Peluru Berbaki

 

STRUKTUR TEKNIKAL PASARAN

Bias semasa menunjukkan trend penurunan Yen yang masih belum menunjukkan tanda berakhir. Paras psikologi 160.00 menjadi kawasan reaksi paling panas yang sedang diperhatikan oleh semua pihak. Ini adalah “line in the sand” di mana Tokyo dijangka akan bertindak nekad.

Jika paras 157.00 gagal bertahan, kita mungkin melihat lonjakan pantas semula ke arah 160.00. Kawasan ini bukan sekadar nombor, tetapi simbol maruah ekonomi bagi pihak berkuasa kewangan Jepun. Sebarang penembusan di atas paras ini akan mencetuskan panik luar biasa di pasaran Asia.

JANGKAAN PASARAN

Jika Jepun nekad menggunakan peluru intervensi kedua mereka pada paras 160.00 minggu ini. Kita akan melihat kejatuhan mendadak USDJPY secara singkat sebelum pembeli kembali memegang kawalan. Pasaran akan mengambil kesempatan daripada harga “diskaun” tersebut untuk terus membeli dolar semula.

Jika Tokyo memilih untuk berdiam diri kerana takut melanggar status “free floating” IMF. USD/JPY berisiko terbang melepasi paras 165.00 dalam tempoh yang sangat singkat. Senario ini akan memaksa pelabur mencari perlindungan segera dalam aset selamat seperti emas dan bon.

‘EVENT’ PENTING YANG AKAN DATANG

Data inflasi Amerika (CPI) akan menjadi pemangkin terbesar bagi hala tuju Yen seterusnya. Jika inflasi AS kekal tinggi, dolar akan terus membelasah Yen tanpa belas kasihan. Ini akan meletakkan Jepun dalam kedudukan yang mustahil untuk mempertahankan mata wang mereka.

Kenyataan susulan daripada Menteri Kewangan Jepun, Satsuki Katayama juga perlu dipantau rapi. Kata-kata “bold action” beliau adalah isyarat jelas bahawa intervensi boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Trader perlu bersiap sedia untuk lonjakan volatiliti yang boleh berlaku dalam sekelip mata.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved