Yes 5G: Ini senarai harga iPhone 15 beserta pelan Infinite+ dan SST

Digital
3 Nov 2023 • 12:18 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Yes 5G telah melakar sejarah baharu dalam diari mereka apabila akhirnya mula menawarkan iPhone bersama-sama pelan langganan pascabayar mereka.

Yes 5G tawar ansurans 0% bunga dan RM0 deposit

image is not available

Lebih manis, mereka dengan beraninya mengatakan penawaran iPhone mereka adalah termurah dalam industri dan pengguna berpeluang beroleh iPhone 15 tanpa sebarang bayaran pendahuluan yang keterlaluan seperti telco lain.

Biasanya, bayaran deposit terendah ditawarkan kepada pelanggan sedia ada dengan rekod pembayaran yang baik. Tapi di Yes 5G, ia terbuka kepada semua sama ada pelanggan sedia ada ataupun baharu. Kemudian, sesetangah mereka hanya benarkan iPhone ditambat pada pelan yang lebih mahal. Namun, Yes 5G benarkan pelanggan mendapatkan pelan serendah Basic 58.

image is not available

Buat pengguna, perlu diingatkan yang harga-harga dipaparkan dalam materi pengiklanan masih belum mengambil kira cukai SST 6% yang dikenakan ke atas pelan pascabayar. Jadi berikut adalah komitmen bulanan sebenar yang boleh anda rujuk.

iPhone 15 pada harga serendah RM170.48/bulan

iPhone 15 termurah yang boleh anda dapatkan melalui Yes 5G adalah varian 128GB beserta Yes Infinite+ Basic 58 pada harga RM170.48/bulan untuk 36 bulan.

image is not available

Sekiranya iPhone 15 Plus adalah sasaran, varian 128GB boleh anda dapatkan dengan kontrak 36 bulan di bawah komitmen RM183.48/bulan.

iPhone 15 Pro pada harga serendah RM198.48/bulan

iPhone 15 Pro termurah yang boleh anda dapatkan melalui Yes 5G adalah varian 128GB beserta Yes Infinite+ Basic 58 pada harga RM198.48/bulan untuk 36 bulan.

image is not available

Sekiranya iPhone 15 Pro Max adalah pilihan anda, varian 128GB boleh anda dapatkan dengan kontrak 36 bulan di bawah komitmen RM224.48/bulan.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.