Yide seru dana awam bantu realisasi kompleks anak yatim

21 Feb 2025 • 2:25 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 21 FEB: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyeru sumbangan orang ramai untuk pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah.

Yide menerusi Facebook memaklumkan dana sekurang-kurangnya RM6.1 juta diperlukan bagi merealisasi kompleks itu siap mengikut jadual.

“Yide menyeru kebersamaan orang ramai, agensi, syarikat korporat, komuniti, pertubuhan dan kumpulan jemaah masjid bagi menyokong dan merealisasikan inisiatif murni ini agar kompleks ini segera disiapkan.

“Kita memerlukan baki dana sejumlah RM6.1 juta untuk merealisasikan kompleks ini tersedia pada hujung Januari 2026, pembangunan setakat ini mencapai kemajuan 61 peratus,” katanya.

Jelas Yide, pembinaan minggu ini meliputi pembangunan beberapa fasiliti seperti asrama, surau, dewan serbaguna, gelanggang permainan dan kios.

Sumbangan boleh dibuat menerusi pautan berikut:

Setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved