Yide seru infak dana bina kompleks anak yatim, jangka siap 2026

29 Nov 2023 • 7:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 29 NOV: Sumbangan orang ramai diperlukan bagi menjayakan pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim di Pulau Indah yang dijangka siap sepenuhnya hujung Januari 2026.

Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) memaklumkan projek dengan kerjasama pihak Central Spectrum (M) Sdn Bhd itu mampu memuatkan 200 anak yatim selain kemudahan lengkap seperti surau dan dewan.

“Justeru, kami amat mengalu-alukan sumbangan dari masyarakat untuk membantu menjayakan pembinaan ini yang akan memberi manfaat kepada anak yatim yang bakal mendiami kompleks tersebut,” katanya di Facebook.

Setiap sumbangan anda layak mendapat pengecualian cukai mengikut Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 sekali gus mengukir senyuman setiap anak yatim seliaan Yide.

image is not available
Tapak pembinaan kompleks anak yatim Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) di Pulau Indah, Klang. Foto Facebook Yide

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved