Yide terima sumbangan apron pakai buang bernilai RM50,000

17 Jul 2023 • 11:06 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 17 JULAI: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menerima sumbangan sebanyak 36,100 apron pakai buang bernilai RM50,000 daripada Worldwide Holdings Berhad, baru-baru ini.

Sumbangan itu diserahkan untuk kegunaan enam cawangan pusat dialisis kelolaan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Yide menzahirkan ucapan terima kasih kepada Worldwide Holdings Berhad atas sumbangan yang diberikan ini,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Penyerahan sumbangan disempurnakan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Worldwide Holdings Berhad, Kamal Zaharin Nazir kepada Pengurus Besar Yide, Nur Mohd Razali Abdullah di Pusat Dialisis Mais Bukit Jelutong.

Turut hadir Pengurus Operasi Bahagian Pusat Dialisis Mais, Nor Hafzam Mohamad dan Pengurus Kanan Barangan Perubatan Worldwide Medivest Sdn Bhd, Zulkefli Mohd Noor.

Yide merupakan anak syarikat Mais yang bertanggungjawab mengurus dan menyelia hal ehwal kebajikan anak-anak yatim dan bantuan musibah kepada masyarakat Islam di Selangor.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved