YNH Property lupus tanah kosong miliknya di Desa Seri Hartamas bernilai RM170 juta

Business & Finance
16 May 2023 • 12:04 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

YNH Property lupus tanah kosong miliknya di Desa Seri Hartamas bernilai RM170 juta

johardy

16/05/2023 - 12:04

KUALA LUMPUR 16 Mei - YNH Property Bhd menerusi subsidiari milik penuhnya, Kar Sin Bhd telah melupuskan kawasan pegangan bebas seluas 2.06 hektar (5.1 ekar) di Desa Seri Hartamas, Kuala Lumpur, kepada Sunway Living Space Sdn Bhd dengan bayaran tunai sebanyak RM170 juta.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata pembeli akan mengambil milikan kosong harta itu tanpa sebarang bebanan atas dasar "seadanya di mana ada".

YNH Property berkata cadangan pelupusan itu akan memberi peluang untuknya merealisasikan dan membuka kunci nilai pelaburannya.

Kos asal kumpulan pelaburan dalam hartanah itu ialah RM150 juta pada 18 April 2022.

Ia menambah bahawa cadangan pelupusan itu juga boleh mengukuhkan kedudukan kecairan dan aliran tunainya.

"Hasil itu akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman bank dan modal kerja, yang akan menghasilkan penjimatan faedah sebanyak RM3,771,823 setahun dan dijangka mengurangkan nisbah penggearan Kumpulan YNH," katanya.

Pada Mac lalu, YNH menerima persetujuan daripada pemegang saham untuk melupuskan Kiara 163 Retail Park dan AEON Seri Manjung bernilai RM422.5 juta secara tunai kepada ALX Asset Berhad pada mesyuarat umum luar biasa (EGM) syarikat itu. - DagangNews.com

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved