Yong Hua Cafe Satok, Kopitiam ‘Legend’ Hidang Bak Kut Teh Versi Halal

12 Aug 2023 • 8:20 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Paling best dihidangkan panas-panas buat anda dalam mangkuk tembikar cina!

Yong Hua Cafe Satok, Kopitiam Legend‘ Hidang Bak Kut Teh Versi Halal. Buat anda yang beragama Islam, pasti tertanya-tanya bagaimana keenakan rasa Bak Kut Teh yang selalu disebut-sebut. Kita hanya mendengar tentang kelazatannya daripada rakan-rakan non-muslims sahaja.

Untuk info, Bak Kut Teh merupakan sejenis hidangan sup berserta daging dan rusuk (kebiasaannya kaum Cina menggunakan khinzir) yang dimasak dalam herba tradisi Cina. Herba dan ginseng dicampur bukan sahaja sebagai perisa tetapi juga menambah khasiat.

image is not available
Yong Hua Cafe Satok, Kopitiam ‘Legend’ Hidang Bak Kut Teh Versi Halal. Kredit: Facebook

Pelbagai jenis cendawan ditambah ke dalam masakan dan biasanya dihidangkan dalam mangkuk tembikar Cina.

Anda wajib try!

Namun untuk mencari hidangan Bak Kut Teh yang halal sedikit sukar memandangkan sajian ini hanya dihidangkan oleh komuniti Cina.

image is not available

Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana anda juga boleh menikmati sajian ini yang dihidangkan secara halal buat anda!

Yong Hua Cafe Jalan Satok merupakan antara kedai yang menyediakan menu ini khusus untuk dinikmati oleh orang-orang Islam.

image is not available

Buat anda yang selalu tertanya-tanya mengenai rasa sebenar Bak Kut Teh ini boleh lah singgah ke sini untuk mencuba semangkuk sajian ini yang dihidangkan panas-panas buat anda!

Di sini, mereka menggunakan daging dan tulang lembu untuk Bak Kut Teh ini.

Nak lagi ‘kick’, jangan lupa pesan sekali mi kolok mereka!

Baca lagi artikel menarik:

View Original Article