Yong persoal klasifikasi ‘sulit’ laporan

30 Apr 2023 • 12:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Bekas ketua menteri Datuk Yong Teck Lee menggesa kerajaan Malaysia memberikan penjelasan kenapa laporan tragedi Double Six 1976 diklasifikasikan sebagai ‘sulit’.

“Laporan Malaysia kebanyakannya mengandungi penemuan dan kesimpulan penyiasat.

“Tiada komunikasi dalaman dalam kalangan pegawai kerajaan (persekutuan dan Sabah) dan Sabah Air tersedia dalam laporan Malaysia,” kata Yong.

Yong berkata demikian dalam satu kenyataan selepas Australia mengeluarkan laporannya pada 26 April berikutan pengeluaran laporan oleh Malaysia pada 6 April lepas.

SPONSORED CONTENT Increasing consumer awareness of Sabah’s chili brand in Singapore Kota Kinabalu: Borneo Hot Sauce, a maker of chilli sauce, wants to increase consumer awareness of its brand in Singapore after a good launch that saw 10,000 bottles sold in just six months. Read more Laporan itu telah diklasifikasikan sebagai ‘sulit’ selama 47 tahun.

Yong berkata laporan Australia mengandungi komunikasi dalaman dan menjelaskan peranan berbeza yang dimainkan oleh Jabatan Pengangkutan dan Kilang Pesawat Kerajaan (GAF).

GAF ialah pengeluar pesawat Nomad yang dibeli oleh Sabah Air pada tahun 1975.

“Apabila membaca laporan GAF, kita perlu ingat bahawa GAF adalah pengeluar pesawat Nomad,” kata presiden Parti Maju Sabah (SAPP) itu. Yong turut mempersoalkan kenapa Kementerian Pengangkutan Malaysia sebelum ini menyalahkan lebihan muatan sebagai punca nahas itu.

Dalam laporan Malaysia, ia menyatakan pengiraan berat pesawat ketika berlepas adalah di bawah had berat maksimum, katanya.

Justeru itu, beliau berkata Kementerian Pengangkutan Malaysia perlu menjelaskan kenapa, dalam jawapannya kepada Parlimen sebelum ini, bahawa muatan pesawat itu dikatakan menjadi punca nahas udara berkenaan.

Beliau turut menekankan tentang percanggahan berat bagasi di kawasan bagasi belakang antara laporan Malaysia dan Australia.

Selain itu, Yong menimbulkan kebimbangan mengenai kehilangan maklumat dalam kedua-dua laporan, termasuk saat-saat akhir sebelum nahas, yang menurutnya sepatutnya dijelaskan.

“Laporan Australia mengandungi laporan berita bahawa nahas pesawat Nomad itu berlaku selepas pesawat itu keluar dari pendekatan pendaratan pertamanya.

“Ia terpaksa memberi laluan kepada pesawat lain, kata pegawai pada masa itu,” katanya.

Versi detik-detik terakhir ini sepatutnya dijelaskan dalam kedua-dua laporan, tambahnya.

Yong meminta kerajaan mengeluarkan rekod inkues yang dijalankan di Sabah dalam beberapa bulan selepas nahas itu, termasuk kenyataan saksi dan bukti.

“Apa yang penting ialah, kenapa pesawat Nomad itu dibenarkan terbang sedangkan Jabatan Penerbangan Awam tidak meluluskannya untuk membawa penumpang pada masa itu?” katanya.

Nahas pesawat pada 6 Jun 1976 mengorbankan 11 penumpang, termasuk ketua menteri Sabah ketika itu Tun Fuad Stephens.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.