Yoo Jaesuk Dedah Sukar Realisasikan Kolaborasi ‘Running Man’ & ‘How Do You Play’, Tapi Kenapa?

Music
18 Jan 2024 • 8:42 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Bukan selalu dapat melihat dua rancangan hiburan popular Korea bergabung kan?

Dalam episod terbaru ‘GYM JONGKOOK’, dapat dilihat Kim Jong-kook melawat restoran dakgalbi miliknya bersama Haha. Walau bagaimanapun, dia dikejutkan dengan kehadiran pasukan program “How Do You Play” yang mengadakan sambutan makan malam di situ.

Sambil berbual bersama Joo Woo-jae, Haha dan Mi-joo, Yoo Jae-suk mencelah,

Sebenarnya ‘How Do You Play’ mahu berkolaborasi bersama ‘Running Man’.

Pengarah rancangan itu iaitu Kim Jin-yong turut meluahkan kekesalannya,

Saya teruja untuk mencubanya, tapi ianya tak menjadi.

image is not available

Janji Kim Jong-kook dan Yoo Jae-suk,

Kita cuba lagi. Pastikan ia berjaya dilaksanakan pada tahun ini.

Okay tak mereka bergabung?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.