Yoodo lancar pelan Pelanjutan Tempoh Sah, diskaun hingga 10% jika melanggan lebih sebulan

Digital
6 Jun 2023 • 8:51 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Yoodo, penyedia perkhidmatan rangkaian digital sepenuhnya hari ini telah melepaskan kemaskini baru untuk aplikasi Yoodo di Apple AppStore dan Google PlayStore. Dalam kemaskini tersebut, selain menampal kerentanan dan membaiki pepijat, ia juga menyatakan bahawa pengguna boleh mengubahsuai tempoh sah. Malah, boleh dapat diskaun juga memanjangkan tempoh sah ini.

image is not available

Semakan di dalam aplikasi Yoodo selepas dikemaskini, kelihatan ada pilihan baru apabila memilih pelan. Bagaimanapun, ia berbeza daripada pelanjutan tempoh sah yang biasa kami fahami daripada tawaran syarikat telekomunikasi (telco) lain.

Pilih 30, 90 atau 180 hari

Menurut Yoodo, pengguna kini boleh memilih untuk melanggan pelan selama 30-hari, 90-hari (3 bulan) atau 180-hari (6 bulan). Jika melanggan pelan 90 hari, diskaun sebanyak 5% diberikan. Manakala langganan pelan 180-hari, memberikan 10% diskaun.

image is not available

Turut dinyatakan di dalam aplikasi, pelanjutan tempoh sah ini disediakan untuk pelan berharga RM30 dan ke atas sahaja.

Semakan di laman soalan lazim (FAQ) antaranya menjelaskan, hanya pelan berkelajuan tinggi sahaja boleh melanggan pelanjutan tempoh sah, tiada untuk pelan tanpa had. Jika kehabisan data di tengah bulan, boleh melanggan booster untuk menambah data.

image is not available

Pengguna juga tidak boleh menukar pelan mereka dalam tempoh sah 90 hari dan 180 hari tersebut. Jika mahu tukar juga, baki pelan akan hangus dan bayaran tidak akan dipulangkan.

Ini bukan pelan pelanjutan tempoh sah

Sebenarnya, pelan pelanjutan tempoh sah Yoodo ini adalah pembelian pelan secara pukal, bukan semata-mata melanjutkan tempoh sah. Berbeza dengan tawaran Hotlink Pantas di mana pengguna boleh membeli tempoh sah 365 hari berharga RM30, tanpa sebarang pelan. Tidak perlu risau untuk memastikan talian sentiasa aktif, walaupun jarang menggunakan talian tersebut.

Tawaran terbaru Yoodo ini lebih mirip dengan pelan TuneTalk Jimat, yang memberi diskaun kepada pengguna jika membayar pelan beberapa bulan serentak. Contohnya, TuneTalk Fokus 33 berharga RM38/bulan, tetapi menjadi RM35/bulan jika membayar untuk 3-bulan (RM105), dan hanya RM33/bulan jika membayar terus untuk 12 bulan (RM396). Dalam kata lain, ia ibarat kontrak. Jika mahu tukar atau berhenti, bayaran ini akan hangus.

image is not available
Perbezaan penjimatan pelan TuneTalk Jimat

Bagaimanapun, tawaran terbaru Yoodo ini menambah lagi pilihan yang sedia ada banyak di Yoodo. Ia tidak menambah perkara baru, tetapi memberi diskaun untuk pengguna setia Yoodo yang tidak akan bertukar talian.

Bacaan Berkaitan

View Original Article