Yoon Hyunmin & Baek Jinhee Putus Selepas 7 Tahun Bercinta

Music
4 Sep 2023 • 9:53 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Nampaknya, hubungan antara Yoon Hyun-min dan Baek Jin-hee tidak mampu untuk kekal selamanya..

Terbaru pada 4 September, agensi Yoon Hyun-min telah mengesahkan mengenai laporan yang mengatakan bahawa lelaki itu telah pun berpisah dengan teman wanitanya, Baek Jin-hee.

Jelas agensi,

Memang benar Yoon Hyun-min dan Baek Jin-hee telah berpisah. Memandangkan kedua-duanya sibuk dengan projek lakonan, mereka akhirnya berpisah.

image is not available

Untuk pengetahuan, Yoon Hyun-min dan Baek Jin-hee mula mengenali antara satu sama lain menerusi drama “My Daughter Geum Sawol” dan dikatakan mula bercinta pada awal 2016.

Tiada jodoh orang kata..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.