YouTube Bekerjasama Dengan CAA Bagi Mengelakkan Video Palsu Selebriti Dimuat Naik

TechnologyDigital
18 Dec 2024 • 10:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Creative Artists Agency (CAA) ialah agensi bakat terkemuka dengan ia mewakili Tom Hanks, Zendaya, Steven Spielberg, Son Heung Min dan Cole Palmer. Bagi memastikan imej pelanggan mereka tidak digunakan sewenang-wenangnya, CAA telah mengumumkan kerjasama dengan YouTube.

image is not available

Menerusi kerjasama ini, YouTube akan memastikan sekiranya imej pelanggan CAA digunakan untuk menghasilkan video palsu dijana kecerdasan buatan (AI) yang tidak dibenarkan akan dibuang dengan segera. Sejak terdapat pelbagai AI generatif dilancarkan, masalah penyalahgunaan imej selebriti dan atlet semakin meningkat lebih-lebih lagi bagi tujuan penipuan.

YouTube telah membangunkan sebuah sistem baharu bagi mengesan penyalahgunaan imej pelakon, penyanyi serta atlet popular seakan sistem ContentID sedia ada. Sistem baharu ini akan diaktifkan awal 2025 di peringkat percubaan terlebih dahulu.