YouTube merupakan salah satu perkhidmatan memfokuskan video yang popular, dan digunakan ramai di seluruh dunia. Ia dimiliki oleh Google, dimana gergasi internet berkenaan telah mengambil-alih YouTube pada nilai $1.65 bilion pada tahun 2006 yang lepas.
Pada hari ini, YouTube sendiri menjana pendapatan yang sangat tinggi melalui pengiklanan pada platform tersebut. Melalui anggaran penganalisa, YouTube sendiri dianggarkan sebagai aset bernilai $455 bilion sekiranya ia diasingkan daripada Google.
Ini sekaligus memperlihatkan ia bernilai lebih 50% berbanding Netflix pada hari ini.
Seperti ramai sedia maklum, YouTube menjadi destinasi ramai untuk menonton video, termasuk oleh kanak-kanak. Selain bersaing dengan perkhidmatan penstriman melalui penawaran kandungan yang pelbagai pada platform tersebut – YouTube juga telah mula mencuri generasi anak muda daripada mengenali akan saluran seperti Disney kepada YouTube Kids.
YouTube sendiri sering memperkenalkan pelbagai perkara baharu melalui platform mereka, dan kini turut menjadi sasaran pelbagai pihak tidak bertanggungjawab dalam mencuri data di YouTube dan menggunakannya dalam melatih model kecerdasan buatan.
