YouTube Kini Membenarkan Muat Naik Imej Kerdil Sehingga 50MB

EntertainmentTechnology
16 Mar 2026 • 9:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Imej kerdil atau thumbnail dijadikan umpan untuk penonton menonton yang dimuat naik ke YouTube. Terdapat pelbagai teknik digunakan seperti muka melopong besar ala MrBeast, imej minimalis dengan hanya satu objek dan gambar AI yang langsung tidak sama dengan kandungan video. Selama ini saiz imej kerdil dihadkan sehingga 2MB tetapi hujung minggu lalu ia dinaikkan ke 50MB.

image is not available

Menurut CEO YouTube Neal Mohan, imej bersaiz besar akan mempunyai resolusi lebih tinggi apabila ditonton menerusi TV. Era imej thumbnail nampak agak kabur atau pecah-pecah apabila di kaca TV kini berakhir. Ciri telah diaktifkan kepada semua pengkarya YouTube Creators hari ini.

YouTube menambah pelbagai ciri baharu yang boleh digunakan oleh penghasil kandungan seperti ringkasan komen dan meletakkan iklan di tempat paling tepat menggunakan bantuan AI. Pada waktu yang sama mereka turut memperkenalkan ciri kurang popular iklan 30 saat tidak boleh dilangkau pengguna YouTube TV minggu lalu.

View Original Article