YouTube Memperkenalkan Jewels Sebagai Hadiah Ketika Penstriman Langsung

TechnologyDigital
15 Nov 2024 • 11:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pemberian hadiah ketika sesi penstriman langsung kini menjadi resam dunia moden. Di YouTube penonton kini boleh membeli Jewels yang kemudiannya digunakan untuk membeli hadiah maya kepada penstriman yang sedang ditonton.

image is not available

Penstrim kemudiannya boleh menukar hadiah yang diberikan ini menjadi wang pendapatan yang diberikan pula nama Rubies. Setiap Rubies adalah bernilai 1 sen. Pada waktu ini ciri pemberian jewels ini hanya diaktifkan kepada pengkarya dalam program YouTube Partner Program di Amerika Syarikat sahaja.

Ciri ini dilihat sebagai cara untuk menarik perhatian pengkarya untuk melakukan penstriman langsung dengan kerap di YouTube bagi menjana pendapatan. Ia juga hanya boleh digunakan sekiranya penstriman dilakukan secara menegak.

Ini bolehlah dilihat sebagai satu lagi ciri yang mengambil inspirasi daripada TikTok yang mempopularkan penstriman video menegak dengan hadiah boleh diberikan kepada penstrim oleh penonton.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved