YouTube Memperketatkan Garis Panduan Berhubung Kandungan Memudaratkan

TechnologyDigital
10 Mar 2025 • 11:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YouTube akan menguatkuasakan dasar atau garis panduan baharu berkaitan kandungan memudaratkan khususnya perjudian dalam talian bermula19 Mac 2025. Perubahan ini dibuat bertujuan untuk melindungi pengguna terutamanya kanak-kanak daripada kandungan yang memudaratkan.

image is not available

Perubahan itu melibatkan larangan terhadap kandungan yang mengandungi URL, pautan tersembunyi, logo, atau sebutan yang membawa pengguna ke halaman atau aplikasi perjudian yang tidak diluluskan. Kandungan yang menjanjikan pulangan kewangan turut akan dikeluarkan meskipun platform berkenaan disahkan oleh Google. Selain itu, kandungan yang mempromosikan halaman atau aplikasi kasino dalam talian akan dikenakan sekatan umur bermakna menjadikannya hanya boleh diakses oleh pengguna berumur 18 tahun ke atas yang telah log masuk.

Langkah ini menunjukkan komitmen YouTube dalam memastikan platformnya lebih selamat diakses oleh pelbagai lapisan pengguna. Selari dengan pengumuman tersebut, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil turut memaklumkan bahawa sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian di platform media sosial telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tempoh 2022 hingga awal Februari 2025.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved