YouTube Menguji Ciri “Stable Volume” Untuk Menyeimbangkan Audio

TechnologyDigital
17 Jul 2023 • 2:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YouTube kerap menguji ciri baharu pada aplikasi mereka, sama ada untuk iOS atau untuk Android. Baru-baru ini mereka memperkenalkan ciri mengunci skrin untuk pengguna YouTube Premium. Terkini pencipta kandungan YouTube di saluran This is Tech Today iaitu Brandon Lee menemui ciri baharu pula iaitu Stable Volume.

image is not available

Ciri ini dilihat boleh menyeimbangkan aras suara video agar pengalaman pendengaran lebih baik. Sesetengah video di YouTube sekarang kadangkala suara orang bercakap halus, tetapi kemudiannya muziknya menjadi kuat dan boleh membuatkan penonton terkejut. Dengan ciri ini ia boleh memastikan audio kekal seimbang sepanjang video.

Ciri ini masih belum diedarkan kepada semua pengguna. Ini mungkin langkah YouTube menguji secara A/B untuk melihat berapa ramai orang menggunakannya dan adakah ia berguna di masa akan datang. Bagaimana ciri ini berfungsi juga masih tidak pasti. Apa pendapat anda mengenai ciri ini?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved