YouTube Music 2022 Recap Diperkenalkan Dengan Integrasi Google Photos

TechnologyDigital
30 Nov 2022 • 12:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Setiap Disember, platform penstriman audio seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music akan hadir dengan ciri merumuskan kesemua muzik atau podsiar yang distrim sepanjang tahun. Spotify dengan Wrapped, Apple Music dengan Replay dan YouTube Music dengan Recap.

image is not available

Terkini, rumusan YouTube Music untuk tahun 2022 telah dilancarkan awal melalui 2022 Recap. YouTube akan merumuskan segala artis, lagu, video muzik, senarai main teratas dan banyak lagi. Statistik yang akan dipaparkan adalah lebih menarik dan menawarkan pengalaman yang lebih imersif termasuk dengan Stories yang boleh dikongsi. Berikut adalah apa yang YouTube Music tawarkan pada 2022 Recap;

  • Top Trends: Memaparkan artis yang anda temui sebelum pengguna lain.
  • Identity: “Personaliti Muzik” yang diperibadikan mengikut corak penggunaan dan tabiat mendengar.
  • Hard-to-Find Content: Memaparkan kandungan yang sukar ditemui, lebih-lebih lagi tiada di platform penstriman lain dan ekslusif di YouTube Music.

image is not available

Menjadikan perkongsian YouTube Music 2022 Recap adalah ciri integrasi Google Photos. Setiap cards Stories membolehkan pengguna menambah imej melalui Google Photos sendiri untuk dikongsi kepada pelbagai platform media sosial.

Bagi yang berminat, 2022 Recap boleh diakses melalui aplikasi YouTube Music pada iOS atau Android. Dalam cubaan saya sebentar tadi, ciri Google Photos dan pilihan cards yang banyak masih belum ditawarkan. Tetapi anda boleh cuba dengan klik pautan di bawah;

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved