YouTube Music Kini Memaparkan Komen Dan Gambar Lebih Besar

TechnologyDigital
1 Sep 2023 • 7:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Satu elemen menarik mendengar muzik di YouTube ialah membaca komen yang ditinggalkan pengguna. Ada yang kelakar dan ada juga yang merentan jiwa kerana lagu tersebut mempunyai memori yang menyedihkan. Hari ini antaramuka YouTube Musc telah dikemaskini dengan beberapa ciri baharu dan antaranya ialah paparan komen oleh pengguna.

image is not available

Pengguna bukan sahaja boleh membaca tetapi juga meninggalkan komen baharu pada lagu yang didengari. Saiz kulit album juga dibesarkan sedikit berbanding sebelum ini. Namun begitu ciri meninggalkan komen hanya boleh dilihat pada lagu yang membenarkan komen sahaja. Kami sedari majoriti lagu artis tempatan tidak membenarkan komen ditinggalkan seperti imej lagu M Nasir di bawah.

image is not available

Ciri lain yang kini boleh diakses ialah meninggalkan Like, butang kongsi, menyimpan dalam senarai main dan butang radio. Kedudukannya lebih jelas berbanding sebelum ini. Untuk mengakses ciri-ciri baharu ini pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi ke versi terkini.