YouTube Music Sambut Ulang Tahun Ke 10 Dengan Ciri Lencana Untuk Peminat Paling Tegar

EntertainmentMusic
23 Aug 2025 • 7:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YouTube Music menyambut ulang tahun kesepuluh minggu ini dengan memperkenalkan beberapa ciri khusus untuk peminat tegar artis. Lencana akan diberikan kepada peminat yang menjadi terawal menonton video music baharu atau yang paling banyak menstrim muzik artis kegemaran mereka. Lencana ini kemudian boleh dipamerkan untuk menunjukkan tahap kesetiaan anda kepada peminat lain.

image is not available

Seterusnya YouTube Music juga akan memaparkan notifikasi apabila video artis kegemaran hampir mencapai 100,000, 1 juta, dan 1 bilion tontonan. Ini menggalakkan peminat paling tegar untuk menonton video sehingga mencapai angka bermakna ini.

Menerusi kerjasama dengan Bandsintown pula, YouTube Music akan memaparkan notifikasi apabila artis kegemaran akan melakukan konsert berhampiran tempat tinggal mereka. Selain itu notifikasi album dan barangan baharu yang dijual artis juga akan dipaparkan.