YouTube padam saluran rasmi Dr. Zulkifli, algoritma tersilap tafsir -“Iklan video tipu guna wajah saya..”

LocalPolitics
29 Aug 2025 • 4:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Saluran YouTube rasmi milik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang mempunyai lebih 100,000 pelanggan dan ribuan rakaman kuliah serta siri pengajian dilaporkan telah dipadam oleh pihak platform berkenaan.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini sambil menyatakan rasa dukacita namun reda atas ketentuan tersebut.

image is not available

Menurutnya, pejabat beliau telah segera mengemukakan rayuan rasmi dan kini sedang menantikan maklum balas lanjut daripada pihak YouTube.

“Berdasarkan penelitian awal pasukan media saya, besar kemungkinan sistem pengesanan automatik YouTube telah tersalah tafsir dengan mengaitkan saluran rasmi saya kepada iklan video tipu yang menggunakan wajah saya tanpa kebenaran, khususnya bagi mempromosikan produk ubat meragukan,” katanya.

image is not available

YouTube padam saluran rasmi Dr. Zulkifli

Beliau percaya situasi itu berpunca daripada kelemahan algoritma kandungan yang gagal membezakan antara saluran rasmi dan iklan penipuan berasaskan teknologi kecerdasan buatan (deepfake).

image is not available

Sebagai langkah alternatif, saluran baharu Al Inarah telah diwujudkan dan Dr. Zulkifli menjemput orang ramai untuk terus menyokong usaha dakwah yang dijalankannya.