YouTube Perkenal Ciri Hanya Memadam Lagu Yang Melanggar Hak Cipta Tetapi Dialog Dikekalkan

TechnologyDigital
5 Jul 2024 • 6:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Antara cabaran menjadi penghasil kandungan di YouTube ialah mencari lagu yang sesuai sebagai muzik latar. Kadang kala tanpa disedari muzik yang disangka boleh digunakan secara percuma sebenarnya mempunyai pemegang hak cipta. Akibatnya pengiklanan tidak boleh dilakukan selagi muzik ini tidak dibuang.

image is not available

Oleh itu ciri Erase Song diperkenalkan dengan bahagian yang mengandungi muzik yang melanggar hak cipta boleh dibisukan. Namun begitu ia juga menyebabkan sebarang dialog yang juga ada dalam trek audio turut dibisukan dan video akan menjadi canggung untuk ditonton. Erase Song telah dikemaskini oleh YouTube dengan ciri baharu yang akan hanya memadam lagu latar yang melanggar hak cipta. Dengan bantuan kecerdasan buatan (AI), dialog di dalam video akan dikekalkan.

Masih terdapat ciri memadam terus bahagian video yang bermasalah, menggantikan muzik atau membisukan sahaja audio. Ciri akan diberikan kepada pengguna menerusi YouTube Studio di desktop dan peranti mudah alih secara berperingkat dalam masa beberapa minggu lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved