YouTube perkenal handles, anda kini boleh tag saluran kegemaran anda

TechnologyDigital
12 Oct 2022 • 8:47 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Platform perkongsian video terbesar dunia, YouTube, telah mengumumkan handle. Satu ciri baharu yang sudahpun menjadi ciri ruji mendsos-medsos utama di luar sana. Matlamat utama handle adalah bagi mempertingkat tahap interaktif antara pengguna YouTube dengan pencipta kandungan kegemaran mereka, vice versa.

YouTube katanya sedang aktif menyebarkan fungsi baharu ini secara berfasa. Sekiranya anda seorang pemilik saluran YouTube, anda boleh periksa emel ataupun YouTube Studio untuk lihat sekiranya ia sudahpun diaktifk untuk saluran anda.

Jadi, apakah yang boleh anda lakukan dengan handle?

Handle adalah salah satu cara baharu untuk mengenal pasti saluran YouTube. Di awal penubuhan YouTube, setiap saluran diberikan satu URL unik yang rawak dan sukar untuk diingati. Kemudian, mereka menambah baik ciri itu dengan Custom URL iaitu anda boleh gantikan jalinan rawak nombor dan aksara dengan frasa yang boleh anda ingati dengan mudah.

image is not available

Handle membawa Custom URL ke tahap lebih tinggi apabila bukan sahaja pengikut saluran anda sahaja bolhe menjumpai saluran YouTube anda, malahan ia meningkatkan kebarangkalian orang baharu menemui saluran anda.

image is not available

Dengan handle, sistem YouTube akan mencadangkan handle yang berkaitan seiring dengan abjad yang ditaip. Jadi, pengguna tak perlu mengingati secara khusus Custom URL, cukup sekadar menaip beberapa aksara sebelum sistem akan mencadangkan beberapa entri.

Selain memudahkan pengguna baharu menemui saluran YouTube tertentu, ia adalah cara baharu untuk saluran berinteraksi antara satu sama lain. Kita sedia tahu di platform medsos lain, mereka boleh melakukan tag jenama, saluran, individu, dan sebagainya. Semua itu tidak boleh dilakukan lagi pada YouTube tanpa handle.

Sumber: YouTube

Bacaan berkaitan

View Original Article