YouTube perlahan sebab ad blocker, ada pilihan atasinya

Technology
16 Jan 2024 • 10:57 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sejak pertengahan 2023, YouTube telah pun memberikan amaran berkaitan penggunaan penyekat iklan atau ad blocker. Pengguna yang menggunakan penyekat iklan akan menerima notis bahawa mereka akan dihalang menonton selepas 3 video tetapi nampaknya kaedah itu tidak berjaya.

image is not available

Kini langkah kedua yang dilakukan YouTube dengan memperlahankan keseluruhan laman webnya sekiranya terdapat penyekat iklan digunakan.

Individu yang menggunakan penyekat iklan akan menghadapi isu termasuklah pratonton perlahan dan ciri seperti mod skrin penuh dan teater tidak berfungsi tanpa muat semula laman web.

Langgan YouTube Premium 

Menurut polisi YouTube, kaedah menyekat iklan merupakan pelanggaran syarat perkhidmatan. Bagi pengguna yang terus menggunakan penyekat iklan, YouTube akan menyekat main balik video.

Sememangnya tidak dinafikan salah satu cara YouTube menjana pendapatan adalah melalui penayangan iklan semasa menonton video. Maka tidak hairanlah berlakunya peningkatan kekerapan iklan di platform penstriman video terbesar di dunia itu

Sekiranya anda merupakan penonton YouTube tegar dan menghadapi isu video perlahan, penyelesaian paling mudah adalah untuk melumpuhkan penyekat iklan tersebut dan segalanya akan kembali lancar seperti biasa, cuma terpaksa menghadap iklan kembali.

Seandainya itu bukan penyelesaian yang dimahukan, maka anda perlu mengeluarkan sedikit bajet untuk menaik taraf ke YouTube Premium.

image is not available

Jika anda yang berminat dengan YouTube Premium, ia boleh dilanggan dari RM17.90/bulan untuk individu, RM33.90/bulan bagi keluarga atau 6 akaun. Bagi pelajar pula, boleh melanggan pada harga RM10.90/bulan.

Selain mendapat tontonan tanpa iklan, pengguna akaun Premium turut akan menikmati kelebihan YouTube Music dengan ciri seperti pemain di latar, pemain sambil skrin terpadam serta pemain di luar talian.

Bacaan berkaitan: