YouTube sedang uji servis penstriman TV percuma

EntertainmentTechnologyDigital
16 Jan 2023 • 10:50 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

YouTube kini dilapor sedang mengunji model baharu penstriman untuk bersaing dengan servis penstriman berkos rendah yang lain di luar sana. Bila ditawarkan kelak, anda boleh tonton bermacam-macam saluran TV secara percuma, seperti yang boleh anda lakukan kini pada servis seperti Pluto TV

Walaupun percuma untuk ditonton, Pluto TV dikatakan menjana lebih USD 1 billion daripada penyiaran iklan di rangkaianannya. Untuk makluman anda, Pluto TV dikendalikan oleh ViacomCBS, sebuah syarikat penyiaran yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat.

image is not available

Model penstriman TV yang sedang dibangunkan YouTUbe adalah seperti perkhidmatan YouTube TV yang sedang mereka tawarkan. Hanya ditawarkan dalam pasaran A.S setakat ini, pengguna di sana boleh melanggan YouTube TV pada harga USD64.99 untuk menonton lebih 100 saluran TV daripada berita, drama, hinggalah dokumentari.

image is not available
Sebahagian daripada ratusan saluran TV di YouTube TV

Bezanya dengan model yang ingin dibangunkan YouTube adalah ia hadir dengan iklan dan oleh sebab itu ia ditawarkan percuma kepada penonton kerana keuntungan dijana penyediak perkhidmatan daripada iklan.

Sumber: WSJ