YouTube  Shorts Tidak Lagi Akan Menyokong Pautan Yang Boleh Diklik Bermula 31 Ogos 2023

TechnologyDigital
11 Aug 2023 • 12:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam usaha memerangi spam di platform YouTube, kini pihak YouTube mengumumkan sedikit kemaskini – menyatakan pautan yang dikongsikan pada bahagian penerangan di YouTube Shorts tidak lagi boleh diklik berkuat-kuasa 31 Ogos 2023 kelak.

Kemaskini baharu ini akan diperkenalkan secara berperingkat. Selain pada bahagian penerangan, pautan yang dikongsikan pada bahagian komen di YouTube Shorts juga tidak boleh diklik selepas tarikh tersebut.

Ini adalah dalam usaha mengelak pengguna klik pada pautan berbahaya dan spam, sekaligus memastikan platform YouTube kekal selamat. YouTube juga dijangka akan memperkenalkan ciri pautkan video YouTube penuh ke YouTube Shorts dengan mudah menjelang penghujung September kelak.