Youtuber Berdepan Penjara 20 Tahun Kerana Menghempaskan Kapal Terbang Demi Kandungan

TechnologyDigital
13 May 2023 • 12:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdapat jutaan saluran YouTube dan ini menyebabkan sukar untuk membina saluran baharu. Pelbagai gimik dilakukan untuk video tular di YouTube. Demi populariti, Trevor Daniel Jacob seorang penghasil kandungan di YouTube sanggup memalsukan insiden kapal terbang beliau terhempas pada November tahun lalu.

image is not available

Selepas disiasat oleh FAA, Jacob kini berhadapan penjara sehingga 20 tahun dan pada waktu yang sama lesen penerbangan beliau telahpun dibatalkan pada April tahun lalu. Beliau mengaku menghempaskan pesawat demi menghasilkan video tular dan meningkatkan jumlah pengikut. Usaha beliau berjaya dengan video berdurasi 12 minit beliau ditonton lebih 3 juta kali.

Walaupun Jacob mengaku bersalah, hukuman masih belum dijatuhkan dengan tarikh belum lagi diumumkan. Janganlah melakukan perkara yang melanggar undang-undang demi kandungan. Di Malaysia semakin ramai pempengaruh yang mengambil “inspirasi” daripada gimik luar negara untuk menjadi popular. Diharap tiada yang bongak meniru pula gimik Trevor Daniel Jacob di sini.

View Original Article