Youtuber Hampir Temui Ajal, RPG Meletup Ketika Buat “Content”

22 Dec 2023 • 11:56 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Youtuber Hampir Temui Ajal, RPG Meletup Ketika Buat “Content”

Bekas tentera Amerika Syarikat (AS) hampir menemui ajal apabila roket pelancar grened (RPG) meletup ketika sedang dilancarkan.

Menurut Daily Mail, kejadian itu berlaku ketika Adam Knowles sedang menghasilkan kandungan kreatif untuk media sosial menggunakan senjata tersebut.

Letupan RPG yang berlaku ketika dilancarkan itu menyebabkan Adam berdepan kecederaan serius, terutamanya pada bahagian kepalanya.

Tulang pipi Adam dikatakan hancur selain turut mengalami keretakan pada tengkorak serta melecur pada bahagian badan.

Mujurlah ketika kejadian, Adam turut ditemani beberapa individu lain yang segera menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan.

Adam kemudian segera dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Di hospital, Adam diberi rawatan segera termasuk menerima rawatan bagi kulitnya yang melecur.

Menurut Daily Mail, kos rawatan yang perlu ditanggung Adam mencecah $300,000 (RM1,395,090).

Adam sebelum ini sering menghasilkan kandungan video yang menunjukkan kemampuan dan kuasa yang dimiliki senjata-senjata moden.

Kandungan kreatif itu difahamkan untuk dimuat naik ke saluran Youtube miliknya, Ballistic High Speed.

Antara senjata yang pernah dijadikan sebagai kandungan hiburan oleh Adam termasuklah pistol, senapang, pelancar roket dan lain-lain lagi.

RPG meletup ketika buat content, Youtuber hampir hilang nyawa

Sementara itu, Adam baru-baru ini muncul dalam satu video baharu yang bertujuan untuk berkongsi keadaan semasanya.

“Saya masih memerlukan banyak penjagaan terutamanya untuk merawat luka-luka,” katanya.

Adam turut menyifatkan apa yang berlaku adalah satu perkara gila yang tiada siapa pun tahu bila boleh berlaku.

Dia juga mengakui tidak dapat mengingati apa yang berlaku selepas insiden RPG meletup itu.

Katanya lagi, mereka juga sedang menganalisis apa yang berlaku kepada RPG berkenaan dan bagaimana letupan tersebut boleh berlaku.

Sejarah ringkas RPG

RPG merupakan senjata yang dibangunkan oleh Kesatuan Soviet dan pertama kali dikeluarkan pada awal 1960.

Menurut National Museum of United State, harga RPG secara relatifnya adalah murah berbanding senjata lain dan mudah dikendalikan.

Pada hari ini, dianggarkan sebanyak 9 juta unit RPG tersedia untuk digunakan di serata dunia.

Banyak negara turut menjadi negara pengeluar RPG pada hari ini antaranya Pakistan, China dan Bulgaria.