YouTuber Pengsan Akibat Sesak Nafas, Demi Konten ‘Dikebumikan’ Dengan Ular

21 Jun 2023 • 3:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Demi konten, youtuber buat kerja ‘gila’, dikafankan di dalam kubur

YouTuber Pengsan Akibat Sesak Nafas, Demi Konten ‘Dikebumikan’ Dengan Ular. Seorang Youtuber telah menempah padah demi membuat konten apabila dia sesak nafas ketika menanam dirinya hidup-hidup di dalam kubur dengan beberapa ekor ular.

Menurut laporan, menerusi perkongsiannya di laman TikTok, YouTuber yang dikenali sebagai Gilang Barbie dari Indonesia itu menjalankan eksperimen tersebut kerana dia ingin mengingatkan orang ramai tentang kematian.

image is not available
Sumber: tribunnews

Dikafankan sama seperti jenazah muslim

YouTuber itu dikafankan dengan cara yang sama seperti jenazah muslim dalam video tersebut. Dalam pada itu, dia turut membawa topeng pernafasan, kamera dan peralatan komunikasi.

Menerusi video eksperimen itu, Gilang ditanam dalam gelap dengan beberapa ekot ular melilit tubuhnya. Namun, difahamkan orang ramai dan beberapa anggota keselamatan dikatakan menyaksikan kejadian itu.

image is not available
Sumber: tribunnews

Sesak nafas kerana kekurangan oksigen

Bagaimanapun, keadaan cepat berubah menjadi panik apabila YouTuber itu menangis meminta bantuan apabila mendapati dia sesak nafas kerana kekurangan oksigen.

Petugas keselamatan dan orang ramai kemudian bertindak pantas menggali lubang kubur berkenaan, dan Gilang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri. Susulan itu, mereka segera membawanya ke hospital tempatan yang berdekatan.

@barbiegilang_

Membalas @ _ momen menegangkan saat kehabisan oksigen didalam kubur. #gilangbarbie #youtube #fyp

♬ suara asli – GilangBarbie – GilangBarbie

Baca juga artikel yang berkaitan: