
Youtuber Terkenal Bernama MrBeast Tular, Taja Ribuan Orang Buta Tak Mampu Buat Pembedahan
Youtuber terkenal warga Amerika Syarikat yang dikenali sebagai MrBeast dilaporkan bermurah hati membiayai pembedahan 1,000 orang buta atau hampir buta untuk memulihkan penglihatan mereka, lapor CNN.
Tindakan pencipta kandungan itu meraih perhatian ramai hingga tular di media sosial kerana menunjukkan sikap yang baik kepada golongan yang memerlukan.
MrBeast atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson berkongsi mengenai perkara itu dalam sebuah rakaman video pada Sabtu yang mencapai lebih 54 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
“Kami akan membantu menyembuhkan seribu orang buta,” kata MrBeast dalam video tersebut.
Video itu memaparkan keadaan pesakit ‘sebelum dan selepas’ menerima pembedahan penglihatan dan turut menerima sumbangan wang tunai serta hadiah lain daripada MrBeast.
Pakar oftalmologi dan pakar bedah, Jeff Levenson yang melakukan pembedahan tersebut telah menjadi penyelaras bagi program Gift of Sight selama lebih 20 tahun, yang menyediakan pembedahan katarak percuma untuk pesakit buta akibat mengalami masalah katarak.
“Separuh daripada orang buta di dunia ini memerlukan pembedahan selama 10 minit,” ujar Levenson dalam video itu merujuk kepada pembedahan pembuangan katarak.
Levenson menjelaskan kepada CNN bahawa dia mendapat inspirasi untuk membantu orang ramai melakukan pembedahan katarak selepas menjalani pembedahan itu sendiri.
“Dalam beberapa hari dan minggu selepas saya menjalani pembedahan itu, saya terpegun kerana dapat melihat dunia dengan lebih jelas dan cantik,” tambahnya.
Pada awalnya beliau mahu menolak tawaran MrBeast kerana tidak pernah mendengar mengenainya, tetapi Levenson berasa bersyukur kerana menjawab panggilan telefon itu sekaligus dapat membantu golongan yang memerlukan.
“Saya tidak pernah tahu mengenai MrBeast, jadi saya hampir meletakkan telefon. Tetapi saya bersyukur saya tidak letak panggilan itu,” kata Levenson.
Difahamkan, mereka mula menghubungi pusat perlindungan gelandangan dan klinik percuma untuk membuat senarai pesakit di kawasan Jacksonville di Florida yang memerlukan pembedahan katarak tetapi tidak mampu.
Akhirnya, mereka dapat mengumpul seramai 40 pesakit dan Levenson melakukan semua pembedahan mereka dalam satu hari bermula pada pukul 7 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang.
Pesakit yang menerima rawatan itu datang daripada pelbagai negara seperti Jamaica, Honduras, Namibia, Mexico, Indonesia, Brazil, Vietnam dan Kenya dan pembedahan tersebut mengambil masa tiga minggu untuk diselesaikan.
Content creator MrBeast goes viral after paying for 1,000 surgeries to cure blindness in patients around the world.
He also gave away $10K to a select number of patients, $50K to an incoming college student, and a new Tesla to one patient who has always wanted a car. pic.twitter.com/myq24yn9RV
— Pop Crave (@PopCrave) January 29, 2023
Sumber: CNN
The post Youtuber Terkenal Bernama MrBeast Tular, Taja Ribuan Orang Buta Tak Mampu Buat Pembedahan appeared first on Siakap Keli.


