Rasuah: Bekas CEO SSM didakwa esok

1 Oct 2019 • 5:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Zahrah Abd Wahab Fenner akan didakwa berhubung beberapa kes rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.

Selain itu anak Zahrah, Abdulazeez Wan Ruslan juga akan didakwa serentak, berkaitan kes yang sama.

Mengikut satu kenyataan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pendakwaan dibuat selepas mendapat izin daripada Peguam Negara.

“Kedua-duanya dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 2 petang tadi bagi melengkapkan proses akhir siasatan dan pendakwaan tersebut,” katanya.


View Original Article