#YTJT Ikan Dori Sebenarnya Ikan Patin? Betulkah?

Environment
7 Mar 2023 • 2:52 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Selalu kita dengar mengenai hidangan yang berasaskan ikan dori seperti fish and chip, kerepek kulit ikan dori dan sebagainya.

Isi daging ikan yang berwarna putih dan lembut ini selalunya jarang dijual dalam bentuk ikan asal. Tapi, tahukah korang sebenarnya ikan dori datang daripada keluarga ikan patin?

Ikan dori asal dari ikan patin?

image is not available

Betul ke ikan dori ini adalah jenis ikan patin? Jawapannya adalah ya, ikan dori dikenali sebagai ikan patin di Asia Tenggara terutamanya. Ikan dori ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu ikan dori laut dan ikan dori air tawar.

Kebanyakan produk yang dinamakan ikan dori di Malaysia ada yang menggunakan ikan patin. Ini termasuk juga dengan beberapa jenis makanan yang dilabel sebagai ikan dori tetapi sebaliknya adalah ikan patin. Kebanyakan ikan pantin ini diperoleh secara pukal di Vietnam.

image is not available

Namun, tidak semua produk ikan dori ini menggunakan sumber dari ikan patin. Ada produk yang dihasilkan menggunakan sumber dari ikan dori original. Jadi sebagai pengguna yang bijak, hati-hati ketika membeli!

Kredit: Dory Skin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

View Original Article