#YTJT Ini Fungsi Sebenar Mohor Besar Raja-Raja Yang Anda Tidak Tahu

20 Apr 2023 • 12:42 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri, umat Islam pasti akan menunggu kemunculan seorang individu di kaca televisyen sambil meneka warna pakaian baju Melayu yang akan dipakainya. 

Individu tersebut adalah Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, beliau merupakan Setiausaha Raja-Raja Melayu atau lebih dikenali sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

image is not available

Beliau dipertanggungjawabkan untuk mengumum tarikh permulaan puasa dan hari raya bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Tapi korang tau tak apa sebenarnya maksud Mohor Besar Raja-Raja?

Mohor besar ini melambangkan kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu. 

Tambahan, Surat cara akan dimeterai oleh Mohor Besar yang melambangkan kuasa dan kepercayaan. Ia juga membuktikan kesahihan dan kebenaran sesuatu surat cara.

Dalam pada itu, Mohor Besar ini disimpan dan digunakan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Apa yang menarik lagi tentang Mohor Besar Raja-Raja ni, pada permukaannya terdapat jata sembilan negeri Melayu Beraja iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Perlis.

image is not available

Malah, pada permukaan mohor besar itu terdapat perkataan yang tertulis ‘Mohor Besar Raja-Raja’ dalam huruf jawi.

Kredit: TikTok

+Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.